Ayam Masak Merah


Resepi Ayam Masak Merah Paling Simple dan Sedap. 
 
Resepi ayam masak merah memang sedap bila dihidangkan dihari istimewa seperti saat juadah berbuka puasa atau kenduri.
  

   Bahan-bahan yang digunakan untuk buat ayam merah pun sangat simple ada sesetengah resepi dan tomato puree yang agak mahal. Ayam masak merah adalah makanan kegemaran saya dan setiap berbuka puasa saya selalu memasaknya.
                                                                                                               

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan


  • 1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato belah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas - opsyenal
  • minyak untuk menumis
 Bahan Hiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 cm halia-dihirisi jadi 3 keping 
Bahan dikisar Halus
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Cara Penyediaan
1panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
2masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
3: selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
4: masukan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.
5: masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.
6: angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.

resepi ayam masak merah ini saya perhatikan tidak menggunakan gula. Tambahkan gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa kami.


















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daging Kambing Panggang(BBQ)

Nasi Ayam